Saturday, May 7, 2011

iPHONE – PERANTI MIKRO PERAKAM BERKUASA


Kenapa hanya guna satu sedangkan anda boleh menggunakan dan memiliki berpuluh-puluh jenis kamera pada iPhone anda. Jika ada yang bertanyakan cara terbaik untuk menikmati kamera mikro digital hari ini, kami rasakan ini adalah salah satu caranya. Memberi kamera mikro satu dimensi dan perspektif baru. Bukan semata saiz, lensa dan resolusinya. Tetapi bagaimana pelbagai jenis kamera digital boleh disimpan pada peranti sebesar tapak tangan. Bukankah itu mikro namanya!

Ini semua boleh dilakukan menerusi aplikasi fotografi yang dimuat turun menerusi iTunes Store. Anda boleh mendapatkan kamera Lomo, Polaroid, Pinhole, FudgeCan dan banyak lagi. Itu tidak termasuk aplikasi fotografi yang menawarkan rakaman foto dan suntingan tersedia terus dari telefon pintar berkenaan. Hebatnya dunia digital dan teknologi hari ini sehingga membolehkan kita memiliki kamera yang satu ketika dahulu memerlukan saiz dan proses Begitu juga dengan aplikasi MoreLomo. Menawarkan sebuah kamera lomo dengan hasil efek yang menarik. Ia menjadikan gambar mempunyai nilai sentimental. Kini dengan hanya sentuhan di hujung jari anda boleh mendapatkan rakaman foto digital efek POPVintage, dinamik, Filter warna dan banyak lagi. Pembangun aplikasi mengambil peluang memanfaatkan kamera 5 megapiksel kualiti HD pada iPhone untuk merakam dan menyediakan efek yang menepati selera semua yang mencintai fotografi. Gambar-gambar menarik boleh dihasilkan tanpa perlu memiliki jenis-jenis kamera berlainan dan saiznya juga tersendiri. Selain merakam terus dengan efek Lomo menerusi kamera, kita juga boleh memuatkan gambar sedia ada daripada album untuk menambah efek popular berkenaan.


Sumber: Majalah PC bulan Mei 2011

No comments:

Post a Comment