Friday, July 23, 2010

Tip komputer: Start komputer dengan pantas.


Tentu ramai diantara kita sentiasa merungut dengan komputer lambat.Komputer lambat perkara biasa kerana komputer adalah ciptaan manusia.Setiap ciptaan manusia ada kelemahannya.Hanya ciptaan Dia sahaja yang tiada kelemahan.

Baiklah hari ini saya ada satu tip untuk melajukan proses loading komputer supaya menjadi lebih laju.Setelah anda mencuba tip ini , sila tinggalkan komen samada berkesan atau tidak.Kalau tidak ada sebarang perubahan sila beli komputer baru .

Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat sedikit perubahan pada sistem registry.Sila ikut langkah-langkah yang akan saya tunjukkkan dibawah:

- Klik pada Start dan klik Run.

- Taip regedit dan klik ok.

- Klik pada HKEY_LOACAL_MECHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\ContentIndex.

- Tukar value StartupDelay kepada 4000 (duble click pada StartupDelay untuk mengubah nilai value).

- Akhir sekali restart komputer anda untuk mengaktifkan perubahan setting tersebut.

Sumber maklumat dari kongsiblog.org

Tuesday, March 30, 2010

Pertandingan Mencipta Logo Kelab Komputer

Pertandingan ini terbuka kepada ahli kelab komputer sahaja. Logo hendaklah dilukis pada kertas lukisan, ianya mestilah ringkas, bermakna dan menarik. Hantar penyertaan anda kepada guru penasihat sebelum/pada 15 April 2010.

Monday, March 29, 2010

Kepada semua ahli kelab komputer, perjumpaan kedua kelab komputer pada hari Isnin, 5 April 2010 bertempat di Makmal Komputer B. Pastikan anda bawa kad kehadiran kokurikulum bersama.