Wednesday, March 30, 2011

EBOOK KUASAI INDUSTRI 2015




PENJUALAN SEHINGGA $3 BILION BAKAL DILIHAT KE ATAS EBOOK EMPAT TAHUN LAGI


MENONTON cerita Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee membuatkan kita terfikir betapa bahan bacaan telah mengalami perubahan. Perutusan Raja dibacakan daripada sebuah skrol yang panjang. Malah jauh lebih lama sebelum itu, masyarakat primitif menulis di dinding gua untuk menyampaikan informasi kepada yang lain sebagai peninggalan. Kemudian dalam cerita 'Sabrina The Teenage Witch' pula ribuan jampi ditulis pada sebuah buku bersaiz besar, tebal dan berat. Begitu juga dengan cerita Hikayat Putera Shazlan di Astro. Semua ini bukan rekaan untuk melariskan filem. Tetapi itulah bentuk bahan bacaan dan cetakan zaman dahulu. Daripada tulisan dan bacaan di dinding gua di zaman primitif, kita beralih kepada yang lebih moden dan mudah serta juga kerana wujudnya teknologi percetakan menjadikan bahan bacaan seperti buku kini mampu dibaca setiap orang. Buku yang bersaiz tebal, berat dan mahal kini menjadi lebih kecil, ringan dan murah. Namun perubahan yang lebih besar dan bermakna bagi pencinta buku hari ini ialah kewujudan buku elektronik atau Ebook. Ebook didatangkan dalam pelbagai jenis dan format serta boleh didapati dengan mudah di internet untuk dibeli, dimuat turun dan kemudian dibaca pada peranti digital yang bersesuaian. Ebook menjadi media yang semakin popular dan digemari akhir ini. Ramalan Lima Tahun Ebook yang dikeluarkan Forrester Inc baharu-baharu ini menunjukkan bahawa industri Ebook akan mengalami pembangunan pesat untuk beberapa tahun mendatang. Tahun 2010 tamat dengan $966 juta Ebook terjual dan menjelang 2015, industri akan menunjukkan peningkatan besar iaitu sehingga $3 bilion wang akan dibelanjakan ke atas Ebook. Sumber: Majalah PC APRIL 2011