Sunday, June 26, 2011

Laman Web Kerajaan Malaysia kena hack.

Beberapa laman web milik Kerajaan Malaysia telah menjadi mangsa penggodam tidak bertanggungjawab. Kumpulan penggodam yang menggelarkan diri sebagai 'anonymous' telah menceroboh beberapa laman web yang boleh menyebabkan gangguan bagi sesiapa yang ingin melayari laman web tersebut. Ini dipercayai sebagai langkah balas dendam ekoran tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web yang dipercayai membenarkan pengguna untuk muat turun lagu-lagu atau video/filem cetak rompak. Antara laman web yang disekat kerajaan ialah:

Saturday, May 7, 2011

iPHONE – PERANTI MIKRO PERAKAM BERKUASA


Kenapa hanya guna satu sedangkan anda boleh menggunakan dan memiliki berpuluh-puluh jenis kamera pada iPhone anda. Jika ada yang bertanyakan cara terbaik untuk menikmati kamera mikro digital hari ini, kami rasakan ini adalah salah satu caranya. Memberi kamera mikro satu dimensi dan perspektif baru. Bukan semata saiz, lensa dan resolusinya. Tetapi bagaimana pelbagai jenis kamera digital boleh disimpan pada peranti sebesar tapak tangan. Bukankah itu mikro namanya!

Ini semua boleh dilakukan menerusi aplikasi fotografi yang dimuat turun menerusi iTunes Store. Anda boleh mendapatkan kamera Lomo, Polaroid, Pinhole, FudgeCan dan banyak lagi. Itu tidak termasuk aplikasi fotografi yang menawarkan rakaman foto dan suntingan tersedia terus dari telefon pintar berkenaan. Hebatnya dunia digital dan teknologi hari ini sehingga membolehkan kita memiliki kamera yang satu ketika dahulu memerlukan saiz dan proses Begitu juga dengan aplikasi MoreLomo. Menawarkan sebuah kamera lomo dengan hasil efek yang menarik. Ia menjadikan gambar mempunyai nilai sentimental. Kini dengan hanya sentuhan di hujung jari anda boleh mendapatkan rakaman foto digital efek POPVintage, dinamik, Filter warna dan banyak lagi. Pembangun aplikasi mengambil peluang memanfaatkan kamera 5 megapiksel kualiti HD pada iPhone untuk merakam dan menyediakan efek yang menepati selera semua yang mencintai fotografi. Gambar-gambar menarik boleh dihasilkan tanpa perlu memiliki jenis-jenis kamera berlainan dan saiznya juga tersendiri. Selain merakam terus dengan efek Lomo menerusi kamera, kita juga boleh memuatkan gambar sedia ada daripada album untuk menambah efek popular berkenaan.


Sumber: Majalah PC bulan Mei 2011

Wednesday, March 30, 2011

EBOOK KUASAI INDUSTRI 2015




PENJUALAN SEHINGGA $3 BILION BAKAL DILIHAT KE ATAS EBOOK EMPAT TAHUN LAGI


MENONTON cerita Laksamana Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee membuatkan kita terfikir betapa bahan bacaan telah mengalami perubahan. Perutusan Raja dibacakan daripada sebuah skrol yang panjang. Malah jauh lebih lama sebelum itu, masyarakat primitif menulis di dinding gua untuk menyampaikan informasi kepada yang lain sebagai peninggalan. Kemudian dalam cerita 'Sabrina The Teenage Witch' pula ribuan jampi ditulis pada sebuah buku bersaiz besar, tebal dan berat. Begitu juga dengan cerita Hikayat Putera Shazlan di Astro. Semua ini bukan rekaan untuk melariskan filem. Tetapi itulah bentuk bahan bacaan dan cetakan zaman dahulu. Daripada tulisan dan bacaan di dinding gua di zaman primitif, kita beralih kepada yang lebih moden dan mudah serta juga kerana wujudnya teknologi percetakan menjadikan bahan bacaan seperti buku kini mampu dibaca setiap orang. Buku yang bersaiz tebal, berat dan mahal kini menjadi lebih kecil, ringan dan murah. Namun perubahan yang lebih besar dan bermakna bagi pencinta buku hari ini ialah kewujudan buku elektronik atau Ebook. Ebook didatangkan dalam pelbagai jenis dan format serta boleh didapati dengan mudah di internet untuk dibeli, dimuat turun dan kemudian dibaca pada peranti digital yang bersesuaian. Ebook menjadi media yang semakin popular dan digemari akhir ini. Ramalan Lima Tahun Ebook yang dikeluarkan Forrester Inc baharu-baharu ini menunjukkan bahawa industri Ebook akan mengalami pembangunan pesat untuk beberapa tahun mendatang. Tahun 2010 tamat dengan $966 juta Ebook terjual dan menjelang 2015, industri akan menunjukkan peningkatan besar iaitu sehingga $3 bilion wang akan dibelanjakan ke atas Ebook. Sumber: Majalah PC APRIL 2011

Tuesday, February 22, 2011

Berhati-hati menggunakan rangkaian sosial.

1. Perkhidmatan rangkaian sosial (Social Networking Services) sekarang sudah menjadi satu fenomena yang menjadi-jadi dan seperti yang dinyatakan dalam artikel ini oleh Encik Adli Ayob, anda perlu menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. bagi memikirkan samada anda patut atau tidak untuk menjadi aktif dalam rangkaian sosial.

2. Fenomena kegilaan masyarakat terhadap perkhidmatan rangkaian sosial inidapat kita lihat terjadi kepada mereka yang menjadikan laman-laman rangkaian sosial sebagai tempat untuk mengisi dan membuang masa terluang dengan aktiviti-aktiviti maya yang mereka fikirkan berfaedah.

3. Bukan sahaja golongan remaja yang telah terlibat dalam fenomena ini tetapi termasuk juga golongan pakcik-pakcik, makcik-makcik, encik-encik dan sesiapa sahaja yang memiliki akses internet samada menggunakan komputer meja dan juga melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar berkuasa Symbian dan komputer riba netbook berkuasa Ubuntu Lucid Lynx.

4. Antara perkara yang membimbangkan dewasa ini apabila masyarakat meletakkan lebih kepercayaan kepada maklumat-maklumat yang diperolehi dari rakan dan kenalan maya mereka di laman rangkaian sosial melebihi kepercayaan yang diberikan kepada rakan-taulan sebenar di dunia nyata.

5. Melalui rangkaian sosial ini juga, kita melihat, lahirnya fenomena-fenomena yang sebelum ini tidak pernah wujud di dunia. Sebagai contoh, baru-baru ini, ada sebuah kumpulan yang menganjurkan “Hari Melukis Karikatur Nabi Muhammad” di Facebook sehinggakan Kerajaan Pakistan mengharamkan Facebook di Pakistan sebagai satu bantahan terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Ini adalah salah satu contoh bagaimana pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan perkhidmatan sosial untuk mengguris pihak lain.

6. Dinegara China, Facebook telah diharamkan secara total dan penyedia perkhidmatan internet diarahkan oleh kerajaan China untuk menghalang sebarang akses ke Facebook. Semestinya ada sebab yang munasabah kenapa kerajaan China meluluskan undang-undang sedemikian. Betul tak?

7. Untuk mereka yang berminat menyelidiki perkara ini dengan lebih lanjut, sila siasat siapakah keluarga Rothschild dan apakah kena mengenanya dengan Timbalan Presiden, Teknologi (Vice President of Technology) di Facebook iaitu Jeff Rothschild. Pernah dengar mengenai “Human Profiling”?

8. Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook iaitu Mark Zuckerberg, telah dilihat memakai sebuah jaket yang memiliki logo yang pelik di bahagian dalamnya. Ia kelihatan seperti ini :

Perhatikan betul-betul, nampak tak ada “Star of David” ditengah-tengah logo ini?

9. Saya bukan menyampaikan maklumat ini untuk anda membenci Facebook dan semua rangkaian sosial yang lain. Apa yang saya ingin sampaikan ialah supaya para pembaca Symbianku.Com menggunakan akal yang waras bagi menimbangtara dan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan ini sewajarnya.

10. Apa yang saya saksikan sekarang, para pengguna laman perkhidmatan rangkaian sosial ini memberikan segala data berkaitan mereka dengan rela dan sepenuh hati tanpa rasa was-was kepada pihak yang kita sepatutnya berhati-hati. Kita tidak pernah ingin mengambil tahu apakah yang akan dilakukan oleh pihak-pihak ini kepada data-data yang kita serahkan.

11. Bukan hanya maklumat-maklumat santai yang dikongsi, malahan, kita menyaksikan sekarang, pengguna-pengguna Facebook begitu gila memindahnaikkan foto-foto mereka supaya dikongsi oleh semua rakan dan kenalan maya mereka. Kadang-kadang tu, ada juga foto-foto peribadi yang dikongsi itu tidak sepatutnya dikongsi dan boleh menimbulkan fitnah serta perkara yang tidak elok di kemudian hari. Dimanakah letaknya daya masyarakat kita untuk memikirkan natijah perbuatan-perbuatan ini?

12. Bayangkan, anda seorang yang pandai mengambil gambar diri sendiri yang cantik dan selalu memindahnaikkan foto ke Facebook. Pada satu hari, anda melancong ke Vietnam dan tiba-tiba anda terlihat satu papan tanda besar dengan wajah anda tersenyum mempromosikan minuman keras di sana. Apa perasaan anda?

13. Jangan ingat ini tidak boleh berlaku ye tuan-tuan. Facebook boleh melakukan apa sahaja dengan data yang anda serahkan kepada mereka tanpa meminta kebenaran anda ataupun membayar anda. Ini kerana, apabila anda bersetuju dengan terma dan syarat Facebook, anda telah BERSETUJU secara rela hati untuk memberi kebenaran kepada mereka untuk melakukan apa sahaja kepada data anda. Siapa yang salah? Mereka dan keluarga mereka?

14. Banyak data dan maklumat yang telah diserahkan kepada Facebook dan laman perkhidmatan rangkaian sosial yang lainnya termasuklah data peribadi seperti tarikh lahir, data lokasi, foto, suara, pemikiran. Dan macam-macam lagilah.

15. Saya tidak berniat untuk menulis dengan panjang lebar. Cukuplah kiranya saya mampu menjana pemikiran anda untuk berhati-hati menggunakan laman perkhidmatan sosial dan jadilah pengguna yang bijak.

16. Bukannya semua perkara mengenai rangkaian sosial ini tidak elok. Sebagai contoh, sekiranya anda berniaga dan ingin mensasarkan golongan pembeli produk anda dengan lebih tepat serta mengumpul peminat setia produk-produk anda, gunakanlah rangkaian sosial untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan melariskan produk anda.

17. Ataupun anda seorang pengkarya yang ingin berkongsi pengalaman dan hasil nukilan anda dengan peminat, gunakanlah rangkaian sosial.

18. Atau mungkin juga anda seorang ahli politik yang agak kurang berkesempatan untuk balik menjenguk kawasan, gunakanlah rangkaian sosial untuk memberikan perkhidmatan cemerlang, gemilang, terbilang kepada rakyat yang telah mempercayai anda dengan undi mereka.

19. Yang saya tekankan disini ialah : BERHATI-HATI apabila menggunakan laman perkhidmatan rangkaian sosial untuk tujuan peribadi. Ini kerana, tanpa kawalan, segala macam perkara boleh berlaku dan belum tentu kita akan dapat menanganinya dengan bijaksana.

20. Bagi saya, saya telah memadam akaun Facebook saya kerana saya naik menyampah dan benci dengan mereka yang memberitahu semua orang tentang apa yang mereka lakukan sampaikan nak ke tandas pun tulis kat Facebook. Apa ni? Takde otak ke? Seperkara lagi, Facebook menjadi terlalu kompleks dan terlalu banyak perkara yang ada didalamnya sehinggakan saya sudah tidak dapat menikmatinya dengan selesa sebagaimana semasa ia mula diperkenalkan dahulu. Jadi, tidak payahlah anda cari saya di Facebook kerana memang saya tiada disitu. Saya menggunakan Twitter sahaja sekarang dan hanya berkongsi maklumat-maklumat yang saya rasa perlu sahaja.

Bak kata Pak Pandir Moden :

“Ada mata pandang
Ada telinga dengar
Ada mulut diam

Ada otak pakai
Ada akal pandai”

- Asri al-Baker


*Sumber : www.symbianku.com

Friday, February 18, 2011

AWAS ANTIVIRUS PALSU

Pernahkah semasa anda melayari internet tiba – tiba muncul pop-up windows yang menyatakan PC anda sudah terkena virus dan harus di scan pada masa itu juga? Ini adalah salah satu tanda – tanda wujudnya antivirus palsu.

Di dalam dunia Virus – Antivirus (security), program seperti ini termasuk dalam kategori Rogue Security Program, iaitu perisian yang menyamar sebagai antivirus yang telah menjumpai virus di komputer anda dan memaksa anda untuk membeli perisian tersebut dengan cara penipuan. Kepada pengguna yang tertipu anda mungkin bukan sahaja kehilangan wang tetapi komputer anda mungkin akan diinstall virus , trojan, spyware dan sebagainya.

Sebenarnya terdapat banyak perisian antivirus palsu di internet. Jadi sebagai langkah untuk melindungi komputer anda daripada kesan negatif perisian tersebut amalkan perkara – perkara berikut :

1) JANGAN MUDAH PERCAYA : Jangan mudah percaya dengan apa yang anda jumpai di internet. Pengodam akan menggunakan pelbagai helah halus untuk menghantar virus bagi mencuri maklumat atau merosakkan komputer pengguna. Minta pendapat pakar IT sekiranya anda berasa ragu – ragu dengan apa yang anda jumpai.

2) PASTIKAN KOMPUTER ANDA DILINDUNGI : Pastikan antivirus komputer anda sentiasa dikemaskini sentiasa. Pastikan juga antivirus komputer anda dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah untuk membolehkan antivirus dapat mengesan kehadiran sebarang aktiviti yang mencurigakan.

3) JANGAN MUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI : Perisian seperti ini kadangkala meminta kita untuk memberikan maklumat peribadi sebagai pendaftaran untuk menggunakan perisian palsu tersebut. Jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda , ini kerana maklumat tersebut mungkin akan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesan sekiranya anda tidak berwaspada :

1) KOMPUTER AKAN DIMASUKI VIRUS : Mungkin adakalanya kita tidak sedar mengenai kesan sekiranya kita tidak berhati – hati akan antivirus palsu ini. Jika kita mengikuti kehendak perisian palsu tersebut dengan menekan butang ”OK” yang kita lihat diskrin mungkin perisian tersebut sedang mengimbas komputer kita namun disebaliknya ia sedang memasukkan sejumlah Trojan ke dalam PC kita.

2) MAKLUMAT PERIBADI AKAN DIEKSPLOTASI : Bagi anda yang sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi mungkin akan terdedah dengan risiko pengeksplotasian maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini adalah sangat serius dan maklumat peribadi kita mungkin boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

3 ) KOMPUTER AKAN TERDEDAH KEPADA RISIKO KEROSAKAN : Virus yang telah memasuki komputer melalui cara penipuan ini akan menyebabkan komputer akan terdedah kepada risiko kerosakan.

Kesimpulan, setiap hari kita akan sentiasa menggunakan internet sebagai satu medium untuk kita menyelesaikan tugasan harian. Namun kita selaku pengguna bijak haruslah berwaspada dengan perkara – perkara yang ditawarkan di internet agar kita tidak mudah ditipu dan menyebabkan komputer kita terdedah kepada bahaya. Sekian moga bertemu lagi di masa akan datang.

Tuesday, February 15, 2011

SCHOOLNET

Projek SchoolNet

Projek SchoolNet melibatkan penyediaan capaian Internet jalur lebar untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara. Prasarana SchoolNet menyediakan kemudahan belajar tanpa sempadan yang melangkaui bilik darjah biasa.

Mengapa SchoolNet diwujudkan?

1. Menyediakan infrastruktur komunikasi bagi melaksanakan program sekolah bestari di semua sekolah-sekolah di Malaysia.
2. Merapatkan jurang digital di antara pelajar-pelajar sekolah di bandar dan luar bandar.
3. Memoden dan mempertingkat keberkesanan sistem pendidikan negara.
4. Mewujudkan suasana pendidikan interaktif.

Wawasan SchoolNet

1. Mewujudkan masyarakat berilmu bagi merealisasikan k-ekonomi.
2. Mewujudkan masyarakat yang celik IT.
3. Membentuk tenaga kerja mahir sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.

Tanggungjawab Menjalankan Projek SchoolNet

1. Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK).
2. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bagaimana Projek SchoolNet Dibangunkan?

1. Bagi mempastikan kesemua 10,000 buah sekolah di Malaysia menikmati Projek SchoolNet dengan kelajuan 1Mbps “downlink” dan 128Kbps “uplink”, tiga (3) jenis teknologi digunakan:-

2. Talian Langganan Digital Asimetrik (ADSL) iaitu teknologi memancarkan maklumat digital dengan menggunakan talian telefon (copper) untuk kawasan Bandar.
3. Wayarles iaitu teknologi memancarkan isyarat digital melalui gelombang udara untuk kawasan terpencil.

4. Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) iaitu teknologi pemancaran dan penerimaan isyarat digital melalui satelit dan stesen bumi untuk kawasan luar Bandar.