Berita IT

Inovasi storan EMCSuntikan digital untuk cikgu, pensyarah

EMC telah melancarkan lebih 40 produk storan baru untuk tahun 2011 iaitu yang terbesar dalam industri storan. Sistem dan keupayaan baru storan direka untuk dipermudahkan untuk perniagaan dan organisasi kecil dan besar menggunakan sejumlah besar maklumat yang mereka dapat setiap hari. Antara produk yang diumumkan adalah EMC VNXe, CLARiiON SAN, Celerra NAS dan EMC Symmetrix VMAX.


 
DALAM usaha berterusan untuk menggalakkan pembangunan e-pembelajaran di Malaysia, Telekom Smart School Sdn Bhd (TSS) hari ini melancarkan kit perisian penulisan kandungan multimedia dikenali LectureMAKER yang membolehkan pengguna mencipta aplikasi penulisan kandungan dihasilkan dengan mudah dan menyeluruh.

Usaha anak syarikat Telekom Malaysia Berhad (TM) itu mampu melonjakkan sistem pendidikan negara ke arah dunia digital yang mengorak masa depan pemikiran pelajar. Pengerusi TSS, Fazlur Rahman Zainuddin, berkata LectureMAKER bertindak sebagai perisian mencipta penulisan e-pembelajaran yang digunakan dalam kelas. Menurutnya, LectureMAKER membenarkan golongan pengajar mereka kandungan yang bersesuaian dengan persekitaran pengajaran sekali gus mengembangkan industri pembelajaran online.


"Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan keperluan terhadap jalur lebar di kalangan ahli akademik. TM, sebagai pembekal komunikasi generasi baru terkemuka negara akan menjadi pemangkin yang menyokong persekitaran pembelajaran online," kata Fazlur.


Perisian e-pembelajaran terbaru TSS itu didatangkan dengan pelbagai elemen multimedia termasuk PowerPoint, Macromedia Flash, HTML dan kelengkapan menyunting kandungan pembelajaran.

Beliau berkata, kemudahan khas terbabit membolehkan bahan pengajaran direka dalam pelbagai format dan mampu disunting dengan mudah. LectureMAKER didapati dengan penyelesaian lengkap bukan sahaja untuk menghasilkan kandungan e-pembelajaran tapi berupaya menyunting fail media di dalamnya.
"Perisian ini dilengkapi dengan ciri penulisan tercanggih dan kelengkapan menyunting multimedia membolehkan pendidik membangunkan kerja kursus yang berkesan dan menarik dengan menggunakan multimedia, penilaian, kandungan boleh ubah dan navigasi berangkai," tambahnya.
Ia membolehkan penggunanya melakukan suntingan terus dan menghasilkan bahan pengajaran yang dinamik tidak terhad kepada teks dan grafik semata-mata malah menghasilkan teknik pembelajaran seperti video menggunakan mikrofon dan kamera web. TSS berpengalaman dalam membina, membangun dan memastikan kejayaan Projek Perintis Sekolah Bestari iaitu aplikasi utama bagi Koridor Raya Multimedia (MSC), Sistem Pengurusan Web Sekolah (WSMS) dan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS).